Footer

10 Sebab Anda Membuka Akaun Facebook

1. Up-to-Date


Sebab pertama adalah tak nak ketinggalan zaman. mane-mane laman sosial yang wujud dialah yang pertama-tama sekali register. di sebabkan Facebook kini sudah menjadi trend masa kini ramai orang beramai-ramai membuka akaun Facebook supaya tidak di cop ketinggalan zaman.

2. Ikut Orang


Jenis orang tak takde pendirian, semua nak ikut orang. dia tengok ramai orang sekeliling mereka membuka laman sosial Facebook ini makan dengan perasaan curious yang tinggi mereka pun turut sama sertai Facebook.

3. Nak Main Games


Gamers.. golongan ini buka akaun Facebook semata-mata nak maen games. tambahan sekarang aplikasi Facebook bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. macam macam application ade kat Facebook. Bagi kaki-kaki game pulak mereka hanya mendaftar akaun Facebook hanya untuk game-game seperti Farmville, Mafia Wars, dan Pet Society. macam-macam lagi jenis game jaringan sosial yang ade.

4. Bosan


ini bukan lagi jaringan sosial. tetapi ini adalah penyakit sosial yang sukar diubati sehingga sekarang! Bosan? padahal hidup ini amat menyeronokkan. owang puteh cakap

Life is FUN, you must learn How to appreciate life.

belajar dari kanak-kanak bagaimana mereka bergembira dan menikmati hidup mereka, bagi mereka yang dah lupa zaman kanak-kanak dorang. takda waktu yang paling best melainkan zaman kanak-kanak, sampai ada orang yang sanggup putar masa untuk kembali ke zaman kanak-kanak.

5. Cari Pasangan


mereka yang kesunyian akan mendaftar Facebook untuk mencari pasangan. tak kira, pasangan hidup, awek ke, pakwe ke. tapi atas dasar satu tujuan, mencari pasangan. golongan jenis ini jika di lihat Friend List mereka majori (95%) berlainan jantina. tapi hati-hati jika jumpa Friend List yang sama jantina. songsang

6. Semua Orang dah Ada Facebook


semua orang dah ade Facebook, mak dah ada, ayah dah ada, ayah sedara dah ada, sepupu sepapat semua dah ade Facebook. sampaikan atuk dan nenek pun dah ada Facebook, hari-hari online dok bertani kat Facebook main Farmville. takyah susah-susah dah ke kebun. jadi di sebabkan golongan ini orang terakhir yang takde Facebook lagi maka daftar la Facebook.

7. Orang Lain Buatkan


oleh sebab si awek dah ada Facebook. maka si awek daftarkan si pakwe akaun Facebook kerana jeleskan kawan-kawannya yang bermesra-mesra dalam Facebook dengan pakwe masing-masing. maka adalah akaun Facebook bagi si pakwe.

8. Stalk Orang


golongan yang paling bahaya. dulu golongan ini dok maen Friendter, Tagged, maen Myspace. tapi lately orang yang di admire dah jarang online dekat semua jaringan sosial tersebut. setelah diselidik dan disiasat maka dapat la tahu bahawa orang yang di admire tu sangat aktif berFacebooking. maka untuk merapatkan silaturrahim, terpaksa la daftar akaun Facebook.

9. Company/Organisasi Wajibkan


ada ke kompeni sekarang mewajibkan Facebook? macam tak logik je. Block Facebook kat office ade lah. sebab Facebook produktiviti menurun. tetapi ada organisasi yang menggunkan Facebook untuk menyampaikan arahan dan maklumat. tak kurang sebagai platform untuk membincangkan sesuatu perkara.

10. Saje-saje


Ayat di atas selulunya kedengaran jika kita bertanya soalan yang jawapannya tidak pasti. sama juga bagi golongan ini. mereka tidak tahu kenapa mereka mendaftar dengan Facebook. mungkin kerana tiada sebab-sebab di atas. ataupun mungkin hidupnya tiada hala tuju.

2 comments

My Instagram