Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
petikan lagu Raihan — Harapan Ramadhan
aku berharap agar aku berasa sedih apabila Syawal menjelang. bukan kerana tibanya Syawal aku bersedih, tetapi kerana berakhirnya Ramadhan yang telah meninggalkan daku. bulan rahmah. bulan seribu bulan.
malam ke-10 ramadhan…
Ramadhan… awalnya Rahmah, pertengahannya Maghfirah, hujungnya Pembebasan. jika dibahagikan, 1-10 Ramadhan adalah Rahmah, 11-20 adalah Maghfirah atau pengampunan dan 21-30 Ramadhan adalah Pembebasan, pembebasan dari api neraka.
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan, Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Coretan
0 comments:
Post a Comment