walaupun sudah hari ke-11 ramadhan aku masih lagi tak jejakkan kaki lagi kat bazaar ramadhan. kenapakah? entah la. fobia dengan bazar Ramadhan runtuh kat Jasin kot. hahaha
sebenarnya aku ada masalah tak tahu nak beli apa kalau ke bazaar Ramadhan. lagipun sekarang aku dok kat umah kat kampung. semua yang aku nak makan aku cakap je. maka bertungkus-lumus la bonda menyiapkannya. hehehe
kalau orang lain mesti dan beli pelbagai juadah dan makanan dah untuk berbuka. lepas beli banyak² bila tiba waktu buka. makan kueh, makan nasi pastu lepas minum air dah kenyang. maka, makanan yang tadinya beli banyak² dengan murtabak, popiah, ayam panggang, dan macam macam lagi akan disimpan dalam peti sejuk. kononnya nak makan nanti. tapi esokkan harinya buka peti bagi makan kat kucing, bagi yang tak membela kucing. bagi makan kat tong sampah. petangnya g beli lagi. ok cukup disitu. nanti cita lagi berulang-ulang lagi.
pesanan aku | di bulan puasa jangan membazir.
sebab itu la bila pergi bazaar aku tak tahu nak beli ape. sebab takutkan membazir. tapi apa yang best bulan puasa masa g bazaar dapat beli makanan yang takde dijual pada bulan² lain. special siket, bulan ramadhan je ade.
anda bagaimana pula? apakah yang anda beli bila g bazaar ramadhan?
2 min Reading
1 Comment
1 comments
19 hari lagi menahan lapar dan dahaga.. yay! tak pernah lagi gi bazar =p
ReplyDelete