1. Buah Tamar
atau nama lainnya adalah buah kurma. benda ni perkara wajib aku selapas baca doa. mudah²an puasa aku di terima Allah SWT. sebenarnya banyak khasiat buah kurma ni. kalau nak diulas memang panjang. bagaimanapun 5 biji kurma dikatakan telah mempunyai khasiat gizi yang seimbang. sebagai mana yang diamalkan oleh Rasulullah.
Rasulullah SAW berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk
HR. Abu Daud dan Al-Hakim
Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih
HR. Ahmad dan At-Tirmidzi
2. Air
lepas dah makan kurma maka aku akan minum air plak. air ni yang penting sebenarnya, aku akan minum air panas seboleh-bolehnya akan mengelakkan minum ais kerana akan menyebabkan badan menjadi semakin penat. sebab tu ramai orang bila lepas berbuka menjadi penat. kalau tak percaya hari ni cuba amalkan air panas atau air suam. ibadah teraweh anda akan menjadi bertenaga dan tidak berasa mengantuk mudah-muadahan.
ais atau air sejuk tidak elok untuk kesihatan kita sebenarnya...
3. Kueh-Mueh
baru tida kepada part makanan lepas minum 2,3 teguk air. pusingan pertama bantai kueh dahulu. tak kira kuaeh ape yang penting makanan yang tak berat sangat. sebagai pembuka selera supaya perut kita tak terkejut apabila kita makan.
4. Nasi
inilah menu utama aku. samada nasi atau lain-lain makanan berat kalau menu hari ini adalah mee makan mee akan dimakan. tetapi ini bergantung kepada tukang masak juga. kalau tukang masak a.k.a bonda tak hidang lagi makanan ni. maka alternatifnya aku akan solat dulu sementara menunggu makanan dihidangkan.
5. Desert
Desert tapi bukan padang pasir ye, pencuci mulut. kadang-kadang pencuci mulut ni akan di makan lepas teraweh. samada makan kueh-mueh yang lebih tak habis dimakan atau pun akan dibeli kedai2 tepi jalan balik dari teraweh. menunya adalah seperti rojak, rojak buah dan ape saja makanan ringan sebagai penutup. Top 5
1 comments
selalu berbuka dgn buah kurma 2 3 bjk dan trs makan nasik...hehe...klu dkt kampung memang banyak juadah berbuka banding dgn duk merantau..huhu
ReplyDelete