Semut Hitam dan Semut Api

Di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall berjumpa dua ekor semut yang telah lama terpisah. Semut Hitam berjalan gagah menuju ke escalator. terpandang semut api rakan sekolahnya dulu, dah 15 tahun tak jumpa betul ke tu Semut Api. dengan rasa ragu-ragu mula menegur…

Semut Itam : Semut Api?

Semut Api : (dengan muka blurr)....

Semut Itam : ni aku lah kawan sekolah ko. ko dah lupa ke? (semut api memberanikan diri)

Semut Api : ooooowh... yaa. hampir terlupa aku.

Semut Itam : nak kemana ni Semut Api?

maka rancak lah dua ekor semut itu berbual bertanyakan khabar masing-masing. setelah hampir sejam mereka berborak di atas kerusi yang berdekatan. maka, Semut Api pun meminta diri untuk pulang.

Semut Itam : dah lama aku nak tanya pasal benda ni. aku rasa ini masa yang sesuai.

Semut Api : nak tanya apa tu Itam?

Semut Itam : kalo aku tanya ko jangan marah eh?

Semut Api : ok aku janji tak marah.

Semut Itam : knapa ek. orang panggil ko Semut Api? aku tengok takde api pun kat badan ko?


Semut Api : (diam seribu bahasa, sambil tunduk)

Semut Itam : sori aku tak bermaksud nak hina ko.

Semut Api : aku pun nak tanya soalan ni. kenapa orang panggil ko Semut Itam.

Semut Itam : sebab nama aku Semut. nama bapak aku Itam. jadi Semut bin Itam sebab tu orang panggil Semut Itam.

Semut Api : samalah. nama bapak aku pun Api.

Semut Itam : ???

p/s : kenapa lah aku post cite semut ni kan?

1 comment: