Edisi balik kampung

East or West, Home is the Best

Inilah pepatah omputeh yang bermaksud. dimana pun kita pergi tempat asal kita juga yang terbaik. rumah kita paling best. tiada tempat kat dunia ni yang boleh menandingi rumah kita. walaupun rumah kita atap bocor. rumah kita dah terlalu uzur tunggu masa nak runtuh je. tapi orang kata feeling dok kat umah ni lain macam sket.

walaubagaimanapun orang tua-tua pun mempunyai pepatah.

sireh pulang ke gagang

yang bermaksud sesorang yang dah merantau akhirnya pulang ke tempat asal. ini adalah definisi aku sendiri kalau salah harap betulkan.

jadi setelah sekian lama aku merantau menuntut ilmu kini aku pulang ke kampung, pulang ke rumah sendiri akhirnya. dekat dengan mak bapak yang telah membesarkan aku. kalau di hitung rasanya dekat 10 tahun aku merantau.

bila dah balik ke kampung halaman ni, betullah kata orang feeling dia lain macam je. macam tak nak merantau lagi dah. tapi cita-cita aku masih jauh. banyak yang ingin aku capai dalam hidup.

banyak halangan dan dugaan. kadang-kadang dalam mengejar cita-cita aku terleka dan alpha.

pulangnya aku di kampung mempunyai beberapa sebab antaranya adalah untuk membetulkan keadaan. memperbetulkan hala tuju aku. menguatkan kembali diri aku. aku tahu sepanjang aku merantau sedikit sebanyak banyak memesongkan aku. betul kata orang kalau kita masuk environment orang sedikit sebanya kita akan terpengaruh dengan gaya hidup orang tersebut.

aku sedar aku makin lemah di tempat orang. nasib baik tiada apa-apa yang terjadi padaku. Alhamdulillah syukur.. sekarang aku cuba menguatkan kembali diriku. tak lama lagi bulan Ramadhan. bulan yang aku tunggu. bulan seribu bulan.

Selamat Datang wahai Ramadhan. Marhaban ya Ramadhan…

Tiada respon untuk "Edisi balik kampung"

Post a Comment