Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya bertemu lagi kita pada bulan Syawal yang mulia ini. bersyukur kita ke hadrat illahi kerna dengan setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa akhirnya hari ini kita meraikan hari kemenangan bagi umat Islam, Hari Raya Eidulfitri. setelah sebulan kita menahan diri dari lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera kita dari malakukan kemaksiatan. mudah-mudahan ibadah puasa kita di terima oleh Allah SWT dan mudah-mudahan puasa kita dapat membentuk diri kita supaya menjadi orang yang bertaqwa.
pada hari ini umat islam seluruh malaysia menyambut hari kemenangan Hari Raya. tapi, dalam kita bergembira, berseronok menyambut kedatangan Syawal. ada golongan yang berduka. ada golongan yang tidak mampumembeli baju raya. ada golongan yang hanya hidup sehelai sepinggan. walaupun aidilfitri disambut dengan serba kekurangan. tapi jadi di sudut hati mereka mengharapkan aidilfitri adalah seperti orang lain.
kita merintih, merungut bila baju raya kita tak sempat siap. tapi ada orang yang tiada baju raya pun. kita merungut bila dapat duit raya sikit. tapi ada orang yang tak dapat duit raya langsung.
kita selalu tidak bersyukur apa yang kita ada. semuanya sebab kita yang mahu memenuhi tuntutan nafsu kita yang tidak pernah puas.
mari kaitankan dan kita fikirkan apa kesan puasa kita selama sebulan. bukankah puasa dapat menundukkan nafsu? tetapi jika bila kita menyambut hari kemenangn berpuasa. seolah-olah puasa kita selama sebulan tidak memberi apa-apa kesan kepada kita.
mari kita sama-sama fikir apa sebabnya. apa yang menyebabkan kita menjadi macam tu. kenapa kita tak mampu untuk untuk menundukkan nafsu kita. adakah kerana puasa kita hanya puasa menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. sama-sama kita fikir...
di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. semoga raya tahun ini memberi seribu makna kepada anda.
kepada para blogger saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. kepada para Twiples saya ucapkan Selamat Hari Raya.
Maafkan salah dan silap saya andai ada yang terasa, andai ada yang terkecil hati dengan saya, saya hanyalah insan kerdil yang menumpang hidup di bumi Allah ini demi mencari kebahagiaan yang hakiki. saya minta maaf zahir & batin.
Reading
0 comments:
Post a Comment