Misteri Kehilangan Sosilawati Terungkai di Morib

Akhirnya pada hari ini misteri kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages terungkai berikutan penemuan 4 mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib malam tadi.

Status penemuan 4 mayat tersebut masih lagi belum disahkan oleh polis. tiada kenyataan rasmi lagi dibuat oleh pihak polis.

tapi aku suka mengaitkan isu ini dengan kehidupan seorang blogger. kenapa? isu kali ini antara blogger dengan wartawan. sejak dari semalam selepas penemuan 4 mayat rentung di sebuah ladang ternakan menjadi topic hangat di twitter. masing-masing ingin melaporkan berita tersebut.

jadi apa bezanya wartawan dengan blogger?

wartawan ada etika kewartawanan yang perlu mereka patuhi. blogger? adakah etika blogger yang perlu dipatuhi? sama-sama kita fikir.

yang penting jangan buat fitnah. fitnah boleh berlaku dengan cara menyebarkan cerita yang tidak di tentukan sah faktanya.

kita lihat kes kehilangan Sosilawati dengan 3 yang lain masingßmasing seorang peguam, pegawai bank, dan pemandu peribadi. sungguh ketara orang yang hilang itu. macam ada satu rahsia besar yang perlu di tutup.

ok berdasarkan kes tersebut kita lihat bagaimana wartawan melaporkan kes tersebut.

Berita Harian Online


tajuk berita : Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini

fakta kes
  1. seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.
  2. wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.
  3. pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini (Ahad) untuk menjalankan siasatan

Utusan Malaysia Online


tajuk berita : Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan

fakta kes
  1. seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
  2. hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Kosmo! Online


tajuk berita : Sosilawati Mati dibunuh di Morib

fakta kes
  1. kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
  2. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
  3. Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
  4. dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
  5. ‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
  6. ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
  7. dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
  8. “Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,”
  9. sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
  10. ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
  11. keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Bagaimana pula kalau blogger pula yang melaporkan?


sama-sama kita fikir. kita lihat bagaimana satu kes tersebut dilaporkan oleh media yang berlesen menyampaikan berita.

bagaimanakah pula yang akan di tulis oleh blogger picisan? tepuk dada tanyalah keyboard apa yang akan ditaip.

p/s: follow WhiteMerpati di twitter untuk dapatkan Headline berita Online di Malaysia.

2 comments:

  1. sepatutnya cerita yang belum confirm tak patut diwar-warkan sbb mengundang banyak spekulasi dari masyarakat. sy terbaca banyak blog yang lapor hal ni pagi tadi tapi masing² cakap tak confirm. dan masing² cakap "apa² pun kita tengok news esok". maksudnya blogger yg lapor pun bergantung pada wartawan. apa² pun mungkin mereka prihatin dengan kes macam ni. kita nantikan aje kenyataan rasmi dari polis. :)

    ReplyDelete
  2. @elmo blurb: betul tu. polis sendiri pun tak bagi wartawan masuk. so wartawan tak dapat nak buat liputan.

    pihak polis pun masih belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes ini. cuma penahanan 7 suspek. disamping seorang 'datuk' juga peguam yang di labelkan sebagai suspek utama. merupakan seorang peguam.

    ReplyDelete