Ziarah-menziarahi di Hari Raya termasuk menziarahi Pusara
11:38:00 PMHari raya keempat, ziarah kubur dengan kenduri. walaupun kita bergembira di hari mmulia hari raya. jangan dilupa kepada yang telah tiada. pagi tadi ziarah dua pusara datuk belah mak dengan pusara nenek belah mak.
apa yang aku ingin keutarakan pada hari ini ialah mengenai sikap. sikap ziarah menziarahi tu memang sudah bagus. tapi ada segelintir golongan yang kureng sket sikapnya.
ziarah kubur, bagus. tapi ingat apa yang anda bawak ke kubur sila bawak balik kembali. jangan sepahkan persekitaran kubur. bukan anda seorang yang nak menziarah. ada lagi orang lain yang ingin ziarah.
kalau dah bawak surat khabar untuk lapik duduk. sebelum meninggalkan kubur sila ambil kembali ataupun buang dalam tong sampah. bukan biar macam tu je. ditiupkan angin. sampai bersepah2 kawasan kubur. amat tak manis mata memandang. lagi teruk bila bawak makanan ke kubur. lepas tu plastik bekas bungkusan di tinggalkan diatas wakaf. amat kurang ajar perkara itu.
jadi, sapa-sapa yang masih belum ziarah kubur sila berbuat demikian. ingat satu hari nanti kita juga akan meninggalkan dunia ini. sambil ziarah sedekahkan doa dan yassin kepada mereka.
bila kita sudah tiada, tiada apa yang kita harapkan dari orang yang masih hidup. melainkan DOA. jadi latih la anak anda menziarahi kubur sebagai satu pelaburan masa akan datang.
wassalam...
0 comments:
Post a Comment