Kenapa saya tulis blog?

Alamak kena jawab ke soalan ini? kenapa saya tulis belog? kadang-kadang saya pun tak tahu kenapa saya tulis blog. bila saya tanya diri saya macam macam pulak jawapan yang keluar. tapi kenapa?

kenapa saya suka rumah saya?
kenapa saya tulis blog? sebab pen saya hilang. saya tak leh nak tulis atas kertas…

kenapa saya tulis blog? sebab saya tak melukis blog, tak mewarna blog. sebab tu saya menulis blog.

betul-betul la jangan main-main. kenapa saya tulis blog? sebab saya ikut orang saya tengok kawan-kawan saya tulis blog saya tulis la jugak.

kenapa saya tulis blog? sebab saya nak popular. saya tengok ramai je orang yang tulis blog boleh jadi popular. saya pun nak jadi macam tu.

kenapa saya tulis blog? saya nak jana pendapatan melalui blog. saya tengok ada orang dapat beribu² sebulan dengan hanya menulis blog. jeles saya.

kenapa saya tulis blog? sebab bila ada blog menjadikan saya lebih 'cool' nanti boleh cakap kat kawan² "ada masa jemput la baca blog saya.. www..bla..bla.. dot com"…

kenapa saya tulis blog? sebab blog tempat saya meluahkan perasaan saya. bila saya marah, benci kan sesuatu atau seseorang saya tulis kat blog. lepas tu saya lega. tapi betul ke?

kenapa saya tulis blog? sebab saya nak cari awek-awek cun yang ade blog. saya tengok ramai pompuan pompuan yang cun ada blog.

kenapa saya tulis blog? sebab saya rasa bosan dok umah. bila tulis blog terisi masa lapang saya. gejala sosial pun tak berlaku kan?

kenapa saya tulis blog? sebab saya suka menulis. kalau saya tulis dalam buku saya sorang je baca. kalau saya tulis blog orang lain pun boleh baca sekali.

kenapa saya tulis blog? ntah saya pun takde idea dah nak jawab apa.

saya: kenapa awak tanya saya soalan macam tu?

saya tulis blog sebab saya nak kongsikan idea saya dengan orang lain. kongsikan apa yang saya fikir. sebab benda yang ada dalam kepala saya orang lain tak akan tahu jika saya tak luahkan. dan bukannya sebab di atas…
-
footer-note: Facebook akan memperkenalkan Friendship Page tak lama lagi.

Blog dengan butang Share Facebook

Dengan memasang butang Share kat blog aku dapat monitor bagaimana sesebuah artikel itu popular di Facebook. oleh kerana Facebook menjadi kemestian bagi semua orang tak kira yang kecik yang tua dan yang muda. semuanya kalau online mesti akan bukak Facebook. aku pun heran macam mane Facebook berjaya menjajah minda kita semua.

jadi sebagai seorang yang dikatakan newbie blogger yang baru nak berjinak² dengan dunia blog ini. aku menggunakan share button untuk mengukur sebanyak mane antri aku di kongsikan di Facebook. almaklum lah kat facebook ramai manusia online.

entry aku memerlukan orang yang online untuk membacanya. kalau orang memancing istilahkan lubuk sebagai tempat banyak ikan. begitu juga aku. Facebook adalah lubuk pembaca.

beberapa trick yang aku dapat melalui pemerhatian aku pada butang Share Facebook itu.

  1. pertama jika anda memasang butang Likes, setiap kali orang likes bilangan share akan bertambah.

  2. kedua, selagi bilangan share tidak mencapai 3, jumlah bilangan tidak ditunjukkan.

  3. ketiga, walaupun pembaca tidak klik share atau likes bilangan share tetap akan bertambah jika pembaca post link entry anda di facebook. samada di wall sendiri atau orang lain mahupun di fan page atau group.

kesimpulannya dengan memasang butang share anda dapat mengetahui betapa popularnya entry anda di Facebook!

Bersediakah kita menghadapi masa depan?

Bismillah. Alhamdulillah…

Pernahkan anda membayangkan masa depan anda? mungkin anda dapat bayangkan. tapi hasilnya adalah tak seperti yang anda bayangkan. kali ini saya ingin mengajak anda semua berfikir apa yang akan terjadi dalam 10 tahun lagi. dalam 20 tahun lagi.

aku pernah terbaca satu artikel dari Mohd Radi yang bertajuk Jangan Simpan Duit.. tapi simpanlah EMAS sangat menarik perhatian aku. kadang² tu manakutkan pun ada.

banyak benda yang aku belajar dari artikel itu. salah satunya RULE 72 dimana bagaimana nilai wang berkurang dengan masa. jadi tak heran la kalau dengar cita bonda dulu g sekolah bawak duit 10sen je. itu pun dah boleh beli makanan dengan air semua. sekarang 10sen nak masuk public toilet pun tak lepas.

yang menariknya bukti keruntuhan ekonomi kapitalis akan runtuh memang sangat jelas. cuma kita yang idak bersedia untuk menghadapinya.

memang tak dinafikan sejarah wang kertas adalah daripada jongkong emas. disebabkan emas adalah berat untuk di bawa kemana² jongkong emas digantikan dengan wang kertas. tapi pengeluarannya adalah berdasarkan standard jongkong emas. kalau nak tahu lebih lagi pasal sejarah di rujuk Wikipedia. sistem kapitalis ini akan hancur akibat ketamakkan manusia.

jadi sebenarnya tak rugi kalau kita simpan harta dalam bentuk emas. pernah tak anda fikir. bank ada tak duit yang kita simpan tu. fikir kalau semua orang keluarkan duit bank ada ke tak duit yang kita simpan itu. mungkin duit kita wujud dalam bentuk nombor sahaja di penyata bank. duitnya sebenarnya tak pernah wujud?

rasionalnya... barang kemas kalau takde duit boleh gadai.

nilai wang hari² susut nilainya. once goes down never going up itu peraturan dia. wang dalam wallet kita pun menyusut nilai dia setiap minit. tak percaya? kenapa harga tanah semakin meningkat. dulu arwah atuk aku jual tanah kat jiran sebelah rumah aku ni RM50 je sebidang. kalau tak susut nilai dah berapa ekar tanah aku ade. sekarang pun dah ade satu ekar tanah dalam wallet aku.

nilai emas tak kan menurun. hanya sesekali anda akan lihat di tv kejatuhan nilai emas beberapa sen. hakikatnya nilai emas takkan menyusut. malah meningkat.

cukup sampai sini saja pasal duit. belum masuk pasal bekalan air dan tenaga lagi. reserve minyak kita semakin habis. sekarang kita boleh hidup sebab kita masih net eksporter (nilai eksport lagi banyak dari nilai import) bila minyak kita dah habis kita akan jadi net importer. kita akan mengimport minyak tanpa ada eksport. mana kita nak cari duit?

pernahkah kita fikir apa akan jadi pada kita pada masa itu?

kita akan mampu menempuhinya kalau kita bersedia secukupnya. bersedia dari segi kewangan dan juga mental.

kalau kita pernah lihat filem-filem Sci-Fi (sains fiksyen) bagaimana orang barat gambarkan keadaan dimasa hadapan? macam itu la kita akan jadi. krisis air. krisis tenaga. krisis ekonomi.

Bantu Joegrimjow dapatkan sponsor untuk Next Blogger Gathering!

Bismillah. Alhamdulillah…

Kali ini joegrimjow — itS aLL aBoUt JouRNey ingin mengadakan blogger gathering yang ketiga. di mana gathering kali ini merupakan yang tersebesar dari sebelum ini yang ji jangka akan diadakan pada bulan 12 ni atau Januari tahun depan.

skop kali ini bukan sahaja tertumpu hanya pada blogger sahaja malah perjumpaan kali ini adalah melibatkan semua rakan Facebook dan juga twitter. semalam geng twitter telah pun berjumpa di #Oct23rdTwtup. mari kita cipta sejarah baru pulak di mana rakan Blogger, Twitter dan Facebook berjumpa.

Oleh itu, mari kita menyokong JOE untuk mendapatkan sponsor dari DiGi sejumlah RM10,000 untuk menjayakan aktiviti tersebut. mari kita ramai-ramai vote untuk joe dan sebarkan perkara ini melalui network masing-masing. aku dah vote!


http://t.co/p2UNc2U


sebarkan link di atas. dan vote! sangat mudah. vote dan sebarkan. gunakan kuasa social networking anda.

Sebarkan melalui Blog, Sebarkan di Facebook, Sebarkan di Twitter! VOTE! VOTE! VOTE!

untuk maklumat lanjut sila baca Sponsor untuk Next Gathering!! | itS aLL aBoUt JouRNey

p/s: ketika entry ini di tulis ranking 'When Blogger, Facebooker and Tweeple meet together' berada pada ranking #19.

Tahniah kepada #Oct23rdTwtup berjaya unlocked Super Swarm Foursquare

Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada penganjung Oct23rdTwtup yang bertempat di Dewan Komuniti TTDI, Petaling Jaya. benda ini dah lama jadi trending di twitter-sphere Malaysia ini.

Walaupun aku tak datang untuk aktiviti ini tapi aku bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur dan kepada mereka yang support aktiviti ini. tanpa mereka aktiviti ini takkan berjaya kan?

Kenapa Aku Tak Pergi?


sebenarnya aku baru je balik kelantan pada minggu lepas. dah banyak kali aku ulang-alik KB - Shah Alam, poket pun dah sengkek. kalau aku kat Shah Alam lagi arini. gerenti confirm aku g punya.

tapi aku dapat tengok jugak kemeriahan aktiviti tersebut melalui webcam di Livestream.com sangat meriah. sekali lagi tahniah dari aku kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini.

insayaAllah panjang umur ade aktiviti seperti ini aku akan turut serta untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti seperti ini.

Tahniah jugak kepada penganjung yang mencadangkan untuk unlocked FourSquare Badge — Super Swarm.

aku jugak tumpang sekaki check-in untuk dapatkan badge tersebut walaupun pada waktu dan ketika ini aku berada di Kota Bharu. Kelantan bertemu Negeri Sembilan lagi di Final.

Handphone hilang? Kena curi? Say Good Bye jelah...Beli baru

Pasti semua orang pernah merasa. kehilangan telofon bimbit. samada di curi atau tercicir. nasihat aku lupakan beli yang baru. kalau tak mampu beli yang canggih back to basic. lagipun kegunaan utama telefon bimbit(HP) adalah untuk call dan SMS. yang lain value added je. hasil dari teknologi yang berkembang pesat.

kalau telefon bimbit kesayangan anda itu hilang, samada dicuri mahupun tercicir. lupakan saja.

sekarang ada teknologi untuk block no siri telefon atau IMEI (International Mobile Equipment Identity) daripada diguna oleh orang lain. sebenarnya teknologi itu dah lama ada. dimana kita boleh contact network provider untuk meletakkan IMEI hp kedalam shared database sebagai blacklisted IMEI.

sebenar semasa anda on hp anda sebelum operator logo anda muncul. hp anda akan hantar beberapa maklumat kepada menara pemancar telefon seperti Model dan IMEI untuk sambungkan hp anda ke network kemudian baru lah operator logo akan muncul sekiranya sambungan berjaya.

jika IMEI telefon anda telah di blacklist hp tersebut tidak boleh connect ke mana-mana network pun.

tetapi malangnya di Malaysia sistem tersebut tiada. bermakna jika telefon anda dicuri HP tersebut masih boleh digunakan. inilah terjadi kepada aku beberapa hari yang lalu. bila telefon je customer service dorang cakap dorang takleh block no siri tapi hanya boleh block simcard je dari digunakan.

jadi say good bye to your precious hp. beli yang baru. buat simcard baru.

Perasaan bila dah lama tak update blog

Sehingga kini rasanya hampir 3 minggu blog ini ditinggalkan tidak terupdate. terlampau sibuk dengan hal duniawi hal didunia maya dikurangkan priority nya sementara menumpukan sepenuh perhatian kepada hal yang lebih penting.

walaupun lama tak update blog. tapi aku masih lagi berada didunia maya ini bersama halaman sosial yang lain. iaitu Twitter

setelah lama tidak update. aku dapat rasakan satu perasaan yang ganjil bila dah lama tak menjengok ke dashboard blogger ini. perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata. adakah itu rindu. atau adakah kerana sudah lama tidak ku tengok dashboard yang tidak berapa cute ini.

tapi yang aku pasti. rasa kekok apabila butang 'New Post' di tekan. perasaan yang di alami adalah aku tak tahu macam mane hendak memulakan penulisan ini. sangat berat. bagai orang mati akal. mati kutu. mati idea. mati segala-galanya. setelah lebih sepuluh minit mata merenung skrin monitor Samsung SyncMaster 793DF. akhirnya hiruf pertama yang ditekan adalah 's'.

dengan rentak yang perlahan. aku meneruskan perjalanan penulisanku ini. akhirnya aku bagai mendapat rentakku balik.

Jika anda membaca ayat ini bermakna, aku susahpun berjaya mendapatkan rentakkan ku kembali.