Ajarkan aku menulis | Sedangkan aku tidak tahu

Penulisan… bukan kertas 2 SPM baru-baru ini yang dikatakan bocor. ada khabar angin mengatakan peperiksaan semula akan diadakan. mengenai perkara ini. realitinya kertas soalan SPM bocor. konspirasinya takkan peperiksaan semula akan diadakan. seolah-oleh 'mereka' mengaku kekurangan mereka. kesilapan mereka.

penulisan yang aku maksudkan pada malam ini adalah penulisan di blog. persoalan ini bermain sekali lagi di kotak minda ku apabila mengenangkan realiti ramai orang suka menulis blog.

aku sendiri tak reti menulis. tapi apa yang aku lalui bila kita selalu menulis, latihan dan kesilapan menjadikan kita lebih baik. dengan sendiri setiap tulisan kita akan bertambah matang dan sedap untuk dibaca.

begitu jugak dengan hidup ini. tidak ada perempuan yang tidak pernah hangit nasinya. tidak ada lelaki yang tidak pernah terluka dek pisau cukur.

pengalaman dan kesilapan mematangkan kita sebenarnya. kadang-kadang bila aku baca hasil tulisan lama-lama aku. ada tersenyum, ada tergelaj sorang-sorang. bila di baca enrti terkini dengan entri lama. jauh bezanya. itu bermakna kita telah belajar sesuatu.

ya, kita belajar dari kesilapan

Sebelum ini: Moderate atau tak komen blog?

2 comments:

  1. makin lama kita dalam dunia blog, makin kita matang dalam menyatakan sesuatu ;)

    ReplyDelete