Footer

Computer Error @ Human Error

Bila manusia tidak mahu mengaku kesilapan sendiri. maka akan di salahkan orang lain. tidak terkecuali aku. kadang-kadang bila kita mengata orang, kita tidak sedar yang kita sebenarnya mengata diri kita.

namun Islam melarang umatnya membuka aib diri orang lain. malas aku nak berbicara soal membuka keaiban orang lain lagi pada hari ini.



Computer Error atau Human Error? mungkin agak pelik kalau komputer buat silap. yang aku tahu komputer bukan sejenis mesin yang suka buat silap. komputer adalah tepat, kerana komputer adalah mesin binary yang tahu signal 'yes' dan 'no', 0 dan 1. bila 0 dan 1 ini digabungkan secara kompleks maka terhasilnya komputer. keputusan yang komputer buat adalah tepat, ya atau tidak. tiada yang tengah-tengah.

celah mane computer error? bukan ke human error. human error yang salah masukkan data. atau tertinggal nak masukkan data dalam komputer maka untuk menutup silap sendiri. dijadikan alasan sebagai Computer Error.

walaupun tiada kesilapan dalam memasukkan data. tetapi kesilapan semasa pemprosesan data. tetap salah manusia. kerana tanpa arahan atau command dari manusia komputer takkan melaksanakan suatu arahan atau tugasnya.

kesilapan dari software. perlu diingat siapa yang mencipta software komputer? bagi yang tidak tahu software sebenarnya adalah set arahan yang telah dibuat untuk komputer melakukan tugasnya. software menyenangkan pengguna untuk mencapai sesuatu tugas atau pekerjaan. pendek kata akan menyenangkan manusia.

juga kesilapan komputer?

bila anda mahu belajar untuk mengaku kesilapan sendiri. mungkin sebab anda tidak pernah on komputer / laptop yang baru keluar dari kilang. yang anda dapat sebuah komputer/laptop dari kedai yang telah diinstall dengan sistem operasi Windows atau yang lain.

ini… aku nak bagi tahu. untuk tahu kesucian komputer bila keluar dari kilang adalah bila anda on tidak akan keluar apa-apa di skrin melainkan skrin hitam yang kosong. salah komputer juga.

manusia yang mencipta komputer. jadi mereka tahu kelemahan komputer.

jadi… salah komputer lagi?

Sebelum ini: Usaha itu tangga kejayaan

0 comments:

Post a Comment

My Instagram