Footer

Menghukum Lebih daripada memberi Jalan Penyelesaian

Lumrah manusia, suka mengkritik! tapi mereka lupa untuk beri jalan penyelesaian. mana tidaknya, terlalu taksub mencari kesalahan. sehingga lupa memberi jalan penyelesaian. anda perlu ingat sekiranya ingin mengkritik lebih bagus cadangkan penyelesaian atau jalan keluar dari masalah itu.

pantang nampak salah siket mula menghentam, menjatuhkan, mengkondem. lebih teruk menghukum sekeras-kerasnya. apa hak anda untuk menghukum? hanya Allah yang berhak menghukum. itu pun 'mereka' masih lagi tidak takut dengan hukuman Allah. ingat sebelum terlambat! pintu taubat sentiasa terbuka. jangan sampai dah tiba date line baru nak terhegeh-hegeh bertaubat. masa tu yang hanya tinggal penyesalan yang tak sudah-sudah.

pesanan aku hanya satu. tinggalkan jalan penyelesaian jika ingin mengkritik. bukan hanya tahu mengkritik membabi buta. bukan cara kita menjatuhkan orang lain. kalau salah tegur. bukan mengukum. jika semua orang ingin menghukum, siapa anda. sedangkan Allah membuka pintu taubat untuk hambanya yang betul-betul ingin berubah, ingin bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang lepas.

inikan kita hamba-NYA yang kerdil jika dibandingkan dengan alam ciptaanNya.

ubah mentaliti kita. ubah cara pemikiran kita. sesungguhnya Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mengubahnya.

anda fikirkan…

Pesanan buat mereka yang asyik mengkritik ini, anda mungkin cukup hebat, sentiasa beribadat tidak kira siang dan malam. Tetapi sentiasa ingatlah, tidak semua orang hebat seperti anda dan tidak semua orang dapat berfikir seperti anda. Maka tidak perlulah kondem sesiapa dan janganlah menafikan hak mereka untuk berterusan mencari-cari hidayah milik Allah

Sebelum ini: Petrol RON 95 naik 5 sen tengah malam ini | apa anda nak buat?

5 comments

  1. yups
    sokong entry nih
    betul lah tu
    nak menghukum pun ada caranya yg lebih bagus dan manis kan?

    P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

    ReplyDelete
  2. hmm btoll. like2.
    adam . kalau nk tgglkan komen kat page ni mcmane. xjumpeshoutbox la. hehe . anyway dah being ur follower. feel free to be mine. SILA DATANG LAWAT PAGE SAYA UNTUK AMEK AWARD yea!

    ReplyDelete
  3. betul tu...nak tambah sket....selain nak hukum orang, sile berbincang dulu..sebab ade org suke salah faham dgn seseorang......btol kan..dah la salah faham pastu salah sangke? eh tak same ke..hehe

    adam, saya nak ajak join bende ni
    "Jom berlari2 ke semua belog kat malaysia""

    ReplyDelete
  4. boleh tak aku nak rasa terkagum ngan ayat ko ni

    ReplyDelete

My Instagram