Bagaimanakah membuktikan cinta?

CINTA… satu lagi tajuk yang cukup abstrak dan subjektif. tetapi ingat Cinta itu anugerah bukan hak milik. sebab itu pepatah orang tua menyatakan cinta tak boleh di paksa. cinta hadir waktu kita tak sedar. mungkin kita terlalu asyik dengan cinta sehingga kita tak sedar anugerah tersebut datang kepada kita.

tetapi lain pula bagi remaja sekarang. mungkin boleh aku katakan disini remaja yang baru ingin mengenal cinta.

Cinta Monyet

itu lah perumpamaan kepada remaja yang bercinta di waktu persekolahan. kini sudah menjadi trend anak remaja yang baru belajar mengenal cinta untuk mengukir nama pasangan masing² pada lengan sendiri sehingga meninggalkan parut.

Astagfirullah… jangan jadikan penyakit sosial sebagai barah dalam masyarakat kita. kalau dahulunya pasangan yang bercinta mengukir nama mereka berdua pada batang pokok, pada kerusi batu, ataupun pada batu² besar di tepi² pantai. tetapi remaja kini sungguh berani untuk mengukir nama pada lengan sendiri. lebih menyedihkan ianya dilakukan oleh remaja perempuan pulak tu. Adakah ini bukti cinta gadis remaja?

bagaimana membuktikan cinta adalah berdasarkan atas dasar apa cinta itu dibina. jika atas dasar harta, buktinya adalah hadiah yang mahal² dan jika atas dasar hawa nafsu, buktinya adalah hubungan seks.

jadi binalah cinta atas dasar kerana Allah, kerana Allah sahajalah yang memberikan perasaan cinta itu kepada kita. hanya DIA yang menganugerahkan perasaan cinta itu kepada manusia. sesungguhnya DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

buktikan cinta dengan menjaga agama. cinta yang tidak di kawal akan memudaratkan diri sendiri. malah akan menhancurkan dan membinasakan diri sendiri. cinta itu indah, bila di lamun tak terasa malam bila siang, tak terasa lapar bila kenyang. begitu hebat penangan cinta. jadi tak hairanlah jika remaja sekarang mengelar lengan semata-mata membuktikan cinta.

bagi yang mendambakan cinta. jangan jadi hamba cinta. jangan biar diri dinodai cinta. jangan sampai neraka membakar diri kerana cinta. ingat cinta yang abadi adalah cinta kepada Allah S.W.T.

Blog yang tiada gambar

Kadang kala aku mencari idea atau bahan apa yang hendak di tulis dalam blog. kenapa boleh sampai jadi macam tu? sebenarnya banyak yang boleh aku coretkan didalam blog. mungkin terlalu banyak sehingga aku tak tahu di mana hendak mula.

mari kita mulakan dengan blog ini dahulu. aku bercadang untuk mewujudkan blog ini tanpa grafik atau animasi. sebab itu aku namakan ia Coretan Cyber. semua merupakan tulisan tida gambar. aku akan cuba membuat blog yang tiada gambar pulak sebagai eksperimen aku.

Coretan Cyber ini aku harap dapat menyampaikan ape yang ade dalam fikiran aku. tujuannya hanya satu. iaitu untuk berkongsi.

Aku suka berfikir

Sesungguhnya aku tidak tahu apabila jari ini mula menekan papan kekekuci Samsung yang berharga dalam lingkungan RM10. tetapi apa yang pasti perkara yang hendak di sampaikan adalah perkara yang sedang bermain di benak fikiranku.

Allah S.W.T mengurniakan sepasang otak kepada kita supaya kita menggunakannya sebaik mungkin. sungguh indah ciptaan tuhan yang maha kuasa. dia tidak mengurniakan satu. tatapi terus di berikan dua kepada kita. firman Allah:

Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan diri mereka sendiri mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
(Surah Yasin Ayat 36)

sedar atau tidak sememangnya ape yang ada di muka bumi ini ber pasang-pasangan. baik hidupan mahupun perkara lain.

kita punyai perasaan sedih. maka pasangan gembira. kita berasa stress (tegang) maka pasanganya tenang. semua berada jelas di depan mata kita. persoalannya samada kita sedar atau tidak? kita gunakan akal fikiran kita atau tidak untuk memikirkan dan mengagumi kekuasaan Allah.

…Tidakkah kamu berfikir?
(Surah Al-Baqarah Ayat 44)

Kadang-kadang bila aku merasi ketenangan aku mula suka berfikir. pelbagai soalan yang ditimbulkan dalam benak fikiran aku. dan apabila proses berfikir berdebat dalam fikiran aku. maka akhirnya akan keluar satu jawapan. jawapan yang sama iaitu Allah S.W.T. yang maha agung dan maha kuasa.