Jangan engkau kahwini wanita yang enam dari Imam Al-Ghazali
2:02:00 PMSekadar perkongsian mengenai kata-kata Iman Al-Ghazali. kita kaji, kita fikir apa maksud tersirat di sebalik tersurat? pertama kita lihat maksud-maksud istilah bahasa Arab itu kepada istilah yang kita faham.
Iman Al-Ghazali pernah berkata
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.
Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: "Aku membuat itu keranamu".
Wanita Hananah
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah
Mepunyai dua makna iaitu:
- Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
- Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Wanita Syadaqah
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
* * * * *
mengenai kata-kata tersebut. apakah yang kita faham dari kata-kata tersebut? "wahai lelaki jangan la engkau menikah dengan wanita yang mempunyai sifat tersebut"
masyaAllah ramai la wanita yang menjadi andartu macam tu. tetapi jika dilihat dari perspektif yang lain yang tersirat disebalik tersurat adalah pesanan ini adalah ditujukan untuk kaum wanita. bukan untuk kaum lelaki.
"Jangan engkau nikahi wanita yang enam". maksud lainnya, "Wahai wanita jauhi engkau dari enam sifat". masih masuk akal ataupun tidak?
jadi, bagi memelihara perhubungan antara suami dan isteri maka wanita haruslah menjauhi 6 perkara atau sifat tersebut. sesungguhnya sifat tersebut merupakan punca keretakan rumah tangga.
jika ada dikalangan anda yang mempunyai sifat berikut. berubahlah supaya kebahagiaan itu milik anda.
0 comments:
Post a Comment