Rezeki Mendirikan Masjid

Pengalaman orang lain. betul kata orang, kalo kita rancang nak kahwin mesti Allah murahkan rezeki kita. pengalaman aku sendiri melihat rakan-rakan yang nak kawen mahupun yang baru je berkahwin. semuanya murah rezeki.

benda baik kan. mesti Allah murahkan rezeki. tapi, walaupun begitu rata-rata yang nak kahwin. terutamanya lelaki. terpaksa berhutang, orang kata kalo tunggu duit cukup memang tak kahwin la. so, jalan alternatifnya adalah personal loan atau berhutang.

nak kahwin pun kena hutang. dah la nak belajar pun dah berhutang. memang dunia sekarang, dunia hutang. ape nak jadi la.

duit, duit, duit.

semuanya duit. bila difikirkan balik duit bukan segala-galanya. tapi dunia sekarang yang memaksa duit jadi segalanya-galanya.

berbalik kepada tajuk di atas. bila rezeki dah murah kita kena ingat pula satu benda ni. kita akan ada 2 pilihan. halal dan haram. ada sumber yang haram. dan ada pula yang halal. kita kena pandai pilih. yela cuba bayangkan kalo nak bina masjid dengan duit haram?

jadi tak hairan la kalau pergi ke mahkamah syariah bertimbun-timbun fail kes-kes penceraian.

itu satu. bila masuk pulak bab anak-anak. kita selalu tanya, kenapa la anak-anak aku ni degil. tak dengar kata. kenapa la anak-anak aku ni lembap. hantar belajar, hantar mengaji tak pandai pandai.

tengok balik sumber mane yang anda bagi anak-anak anda makan.

antara hidup mewah dengan hidup senang. mana yang anda pilih?

2 comments:

  1. tu la.. kalau nak kawin lebih bek ala kadar dari berhutang

    ReplyDelete
  2. biasenye rmi yg nk bekahwin tapi tak prepare btol2,sampai sanggup pinjam along,biar besederhana janji diredhai.:)

    ReplyDelete