Footer

Lebih 20 peratus (20%) umat islam di negara ini tak solat!

Ketahuilah bahawa dunia kita makin parah. makin sakit. ibarat kata orang "tunggu masa je" hari-hari kita dengar kes pembunuhan samada di akhbar mahupun di radio dan televisyen. tak kurang hebatnya juga di jalur lebar. di internet.

berita-berita yang kita dengar ibarat nyawa manusia sekarang sudah tak bernilai lagi. hari-hari kita dengar fakta kes pembunuhan Sosilawati. bagi seorang manusia yang normal kita takkan tergamak melakukan pembunuhan kejam tersebut.

sejak Allah mahu ciptakan manusia lagi. malaikat sudah bertanyakan Allah kenapa ciptakan makhluk yang akan bertumpah darah sesama sendiri serta melakukan kerosakan di bumi Allah. malah kejadian pembunuhan pertama adalah dari generasi pertama nabi Adam lagi. Qabil & Habil.

Kenapa manusia begitu kejam?

ingat wahai anak Adam. iblis telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari akhirat. iblis telah membuat satu permintaan kepada Allah supaya dipanjangkan umur mereka hingga hari kiamat.

jadi tak heran lah jika kemusnahan yang berlaku semakin teruk. mereka tidak mati. tetapi mereka bertambah ramai. apakah kita tak sedar yang ancaman kita lagi hebat!

sebab itu setiap kali membaca akhbar tentang kekejaman manusia aku hanya menggelengkan kepala. aku berdoa semoga keturunan ku tidak mengikut jejak langkah syaitan. semoga Allah pelihara keluargaku dan diriku dari melakukan kemaksiatan terhadap Allah.

Kenapa terjadinya macam itu?


sila tanya diri anda. semalam cukupkah solat 5 waktu anda? inilah perkara yang paling penting sebelum disentuh bab-bab lain. ada kajian menyatakan seramai 20% umat Islam di Malaysia tidak solat! bagi aku wajarkah digelar umat Islam. sepatutnya statistik menyatakan 100% umat islam menunaikan solat 5 waktu.

itu hanyalah statistik daripada kajian. bukan angka yang tepat. perhatikan masyarakat sekeliling anda? hanya anda yang mengetahui kebenarannya.

amat sedih bila ada rakan seagama dengan kita yang sudah mencapai akil baligh tidak tahu menunaikan solat. inipun belum masuk bab berdakwah membawa masuk orang kafir memeluk Islam.

*mengeluh*

sesungguhnya solat memelihara diri kita daripada melakukan kemungkaran.

2 comments

  1. sembahyang tiang agama. kalau tak solat, abislah runtuh

    ReplyDelete
  2. Tak solat biasa lah hidup tentulah susuh... Aik kan tuhan yang bagi rezeki ... kita cuma usaha saja ...

    ReplyDelete

My Instagram