Ajarkan aku menulis | Sedangkan aku tidak tahu

Penulisan… bukan kertas 2 SPM baru-baru ini yang dikatakan bocor. ada khabar angin mengatakan peperiksaan semula akan diadakan. mengenai perkara ini. realitinya kertas soalan SPM bocor. konspirasinya takkan peperiksaan semula akan diadakan. seolah-oleh 'mereka' mengaku kekurangan mereka. kesilapan mereka.

penulisan yang aku maksudkan pada malam ini adalah penulisan di blog. persoalan ini bermain sekali lagi di kotak minda ku apabila mengenangkan realiti ramai orang suka menulis blog.

aku sendiri tak reti menulis. tapi apa yang aku lalui bila kita selalu menulis, latihan dan kesilapan menjadikan kita lebih baik. dengan sendiri setiap tulisan kita akan bertambah matang dan sedap untuk dibaca.

begitu jugak dengan hidup ini. tidak ada perempuan yang tidak pernah hangit nasinya. tidak ada lelaki yang tidak pernah terluka dek pisau cukur.

pengalaman dan kesilapan mematangkan kita sebenarnya. kadang-kadang bila aku baca hasil tulisan lama-lama aku. ada tersenyum, ada tergelaj sorang-sorang. bila di baca enrti terkini dengan entri lama. jauh bezanya. itu bermakna kita telah belajar sesuatu.

ya, kita belajar dari kesilapan

Sebelum ini: Moderate atau tak komen blog?

Moderate atau tak komen blog?

Kebanyakkan blog yang aku komen mesti di moderate komennya. tak kurang juga yang tidak sedar bahawa komen mereka ade word verification yang mane menyusahkan orang nak komen.

jadi aku nak tanya kepada mereka yang membuat moderate komen, kenapa nak moderate komen?

sebenarnya takde masalah pun nak moderate komen atau tak? cuma nak berkongsi satu ilmu je mungkin anda tidak tahu.

jika alasan anda moderate komen sebab nak tahu jika ada orang komen. tapi sebenarnya anda tetap boleh mendapat notification bila ada komen baru walaupun tak moderate komen. menurut Blogger, mereka telah pun enable komen notification by default pada 22 November yang lalu.

maksudnya jika anda membuat blog anda pada sebelum 22 November, anda perlu enable komen notification sendiri. caranya?

Cara Enable Komen Notification


caranya amat mudah. Dashboard → Settings → Comments. scroll ke bawah sampai jumpa Comment Notification Email. masukkan email anda dalam kotak tersebut dan 'Save Settings'



hanya scroll ke bawah lagi tempat yang anda masukkan ke email untuk comment moderation :)

footer note: apa alasan anda untuk moderate komen?

Sebelum ini: Dari Blog Meluaskan jajahan ke Twitter dan juga Facebook

Dari Blog Meluaskan jajahan ke Twitter dan juga Facebook

Setelah 4 bulan aku menulis Coretan Cyber, walaupun untuk memberi komitmen kepada Coretan Cyber amatlah susah. seperti semangat aku mula-mula dulu semasa mewujudkan Coretan Cyber orang cakap begitu berkobar-kobar.

hajatnya ingin hari-hari update. tapi langit tidaklah selalu cerah. ada kala aku gagal. susah rupanya untuk menjadi seorang blogger. mari kita imbas kembali…

entri pertama blog ini adalah bertarikh 26 Julai 2010. aku start menulis di sini hujung bulan Julai. sehingga kini blog ini baru menhasilkan 60 entri. target masih lagi belum aku capai.

takpe usaha itu tangga kejayaan.

untuk Coretan Cyber aku telahpun wujudkan akaun khas untuk mendapatkan update terkini melalui Twitter dan juga Facebook. sesiapa yang berminat boleh join

  1. http://twitter.com/CoretanCyber

  2. http://www.facebook.com/CoretanCyber

Sebelum ini: Aku suka komen blog orang tapi…

Aku suka komen blog orang tapi…

Lagi entry mengenai dunia blog atau lebih popular di panggil 'blogging'. isu kali ini dah lama diperkatakan oleh orang lain. cuma kali ini aku ingin ingatkan kembali kepada mereka yang melakukan kesalahan perkara ini.

perkara apa tu? WORD VERIFICATION. aku cukup malas kalau dah penat taip komen pastu nak kena taip huruf yang ntah pape tu.

Kenapa?


ye la… huruf yang dipapar tu bukan senang nak dibaca. kadang-kadang sampai teleng kepala nak baca. kalau salah? hangin beb. so nasihat aku disable benda tu. percayalah takde efek kat blog pun. SPAM? rata-rata aku tengok yang enable comment verification komennya di moderate. takperlu risau pasal SPAM.

lagipun blogger dah ade SPAM filter. tak caya buka Dashboar Blogger pergi kat Comments sebelah tab Published ada tab Spam.

Opss lupa. kebiasaannya yang ada word verification ini adalah blogger baru dimana word verification ini adalah enable by default. kita kena disable sendiri :) so jangan nak marah-marah dahulu. mungkin tuan punya blog tak sedar sebab bila tuan blog komen takde word verification. tapi bila orang lain komen akan ada benda alah tu.

Pengarang blog tidak akan melihat pengesahan perkataan untuk ulasan.

Macam mana nak disable Word Verification?


Dashboard → Settings → Comments. scroll ke bawah sampai jumpa Show word verification for comments? pilih 'No'.

kalau tak jumpa tengok gambar di bawah ini.


jika anda menggunakan versi bahasa melayu. pergi ke Papan Pemuka → Tetapan → Ulasan. scroll ke bawah sampai jumpa Papar pengesahan perkataan untuk ulasan? pilih 'Tidak'

seperti gambar dibawah ini.


diharap blogger baru take note.

Entri kena panjang ke kena pendek ye?

Di hari minggu macam ni. mari kita bersantai-santai sahaja. memandangkan sekarang musim tengkujuh. jadi tak banyak aktiviti di luar rumah yang boleh dilakukan. jadi buat aktiviti indoor je la. tulis blog pun aktiviti indoor aktiviti didalam rumah :D.

bila da tulis blog timbul plak persoalan. entri elok panjang berjela ke pendek je eh?

Bila panjang berekar-ekar


okay bila dah panjang berekar-ekar. ada beberapa kemungkinan sahaja. samada orang takut nak baca sebab tak mungkin dapat habeskan membaca sebab malas, atau mungkin akan scroll ke bawah tinggalkan komen je. kadang-kadang tu ada berlagak penadai baca perenggan terakhir kemudian komen.

cumanya bagi aku kalau nak tulis panjang. anda mesti ada skill menulis. skill ape tu? haaa.. ini yang penting skill untuk mendorong pembaca meneruskan bacaan dan membaca kesemua apa yang ditulis.

anda ada skill tu? kalau takde jangan tulis panjang-panjang. cukup sekadar beberapa perenggan.

Bila tulis pendek


gerenti entri anda akan dibaca sampai habes oleh pembaca anda. tak kira pembaca setia. mahupun pembaca baru. pembaca setia akan membaca walau entri anda panjang berjela-jela pun. jadi, disamping mengekalkan pembaca setia. anda juga mahu mencari pembaca yang baru kan. so, jangan tulis panjang-panjang untuk mengelakkan kehilangan pembaca baru.

tulis pendek je. macam entri ini. betul kan anda berjaya membaca sampai habis?

Redah Aku Dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari

Entri berhantu yang berasal dari blog BEN ASHAARI. Ini kali pertama aku join segmen di blog beliau. tanpa berlengah masa mari kita mulakan.

tajuk dah buat pun macam tajuk tu cuma bezanya tak CAPS LOCK je. (harap diterima)

redah Blog BEN ASHAARI


  1. Kenapa NUFFNANG aku '0' je ?
  2. Cara dapat menjana duit dari Nuffnang ..
  3. Aku benci Nuffnang !!!
  4. Nak kasi B.E. (NUFFNANG) meletop tak ??
  5. Whopsss.. incik INNITY sudah sound aku la..

redah blog Coretan Cyber pulak!


  1. Ada lagi orang lebih gila pada aku rupanya
  2. Kenapa saya tulis blog?
  3. Cara buat roti canai pun ada dalam Al-Quran!
  4. Manakah antara berikut ayat yang betul?
  5. Kerana duit sepuluh ringgit

ok dah siap!

Beberapa cara untuk mendapatkan trafik ke blog

Ramai yang mahukan trafik yang Boom!! ke blog masing-masing. tapi hanya berangan-angan tanpa usaha. termasuk aku, hahaha. ok kali ini aku nak kongsi cara atau tips untuk mendapatkan trafik yang mantap. perlu di ingat, kejayaan takkan datang tanpa USAHA.

jadi keywordnya adalah usaha.

Isi Kandungan Blog / Content


ini adalah perkara paling penting bagi aku. untuk mendapatkan trafik BOOM yang paling penting kandungan blog anda. kandungan blog mesti ada aura penarik untuk orang kembali baca. atau pun orang akan sentiasa datang ke blog anda walaupun takde update.

macam mane tu? itu la yang perlu anda fikir. macam mane nak buat blog anda lain dari orang lain. yang penting blog anda ada identiti tersendiri.

Blog Walking


benda ni biasa. nak orang datang blog kita. kita kena pergi blog orang. sama jugak kalau kita nak orang datang rumah kita kita kena datang rumah orang. jangan jadi kera sumbang. blogwalking jugak boleh meluaskan jajahan anda. banyak blog baru yang akan dijumpai melalui blog walking.

Komen Blog


rajin-rajin komen di blog orang. membantu tuan punya blog menyedari kehadiran anda membaca blog mereka. tapi aku sangat tak setuju kalau melakukan blog walking tanpa membaca blog. hanya tulis di shout box datang blog walking.

rasanya cukup dulu 3 benda ini. ingat nak tulis pendek je. tapi nampak macam dah nak panjang dah ni. nak g minum petang pulak.

kalau anda setuju klik like! tak setuju ruangan komen untuk anda.

Ada lagi orang lebih gila pada aku rupanya

Di suatu pagi yang tenang. datang seorang yang terencat mentalnya ke tempat permainan Semut Api dan Semut Itam. di pendekkan cerita orang 'gila' tersebut sangat dikenali orang ramai dengan nama 'Babuji' memdekati Semut Api dan Semut Itam.

Semut Itam: Weii.. Babuji. ko nak apa?

Babuji: Aku nak join korang main laaa...

Semut Api: tak boleh la kitorang main berdua je. ko g main jauh-jauh!

Babuji: bagi la aku main sekali… (rayu Babuji).

Semut Itam: kalau nak main boleh. ko kena nyanyi lagi negaraku dulu. (mula membuli)

dengan penuh harapan Babuji pun mulakan menyanyi lagu negaraku dengan penuh rasa hormat dan cintakan negara dengan berdiri tegak. manakala Semut Api & Semut Itam tergelak berdekek-dekek.

Semut Itam: pandai ko nyanyi.

Babuji: aku dah boleh join korang?

mereka tak menjawab sooalan Babuji. masing-masing buat bodoh. Babuji makin bengang!

Semut Api: Babuji ko pegang apa tu? (sambil menunjukkan sarung tangan bola lisut yang Babuji jumpa dekat tempat buangan sampah)

Babuji: sarung tangan.

Semut Itam: kenapa tak pakai?

Babuji: dah pakai la ni. (sambil memakai sarung tangan itu)

Semut Api: salah tu babuji. pakai macam ni. letak kat atas kepala macam topi.

Babuji: macam ni? (sambil meletakkan atas kepala)

Semut Itam: bukan macam tu cara pakai dia. pakai kat kaki, macam kasut!

Babuji: (dalam hati: Ada lagi orang lebih gila pada aku rupanya)…

Setiap kali 50 sen, lama-lama banyak jugak | Cekik darah dalam senyap

Samada anda sedar atau tidak. tapi itu lah hakikatnya. entri aku kali ini adalah berkaitan dengan Telco.

entri ni jugak untuk menyedarkan anda yang sedang terlena di buai mimpi. banyak lagi penipuan telco-telco sekarang. cuma kali ini aku bawakan salah satu daripadanya.

aku pengguna Maxis dan Celcom prepaid. jadi kadang-kadang kehabisan kredit tengah-tengah malam menjadi perkara biasa. kedai topup mana yang bukak tengah-tengah malam kalau bukan 7-Eleven je. so, mereka menyediakan SOS Topup atau Kredit Advance (nama je lain tapi service yang sama). penyelamat, tapi selamat dengan bala menunggu.

service charge sampai 50 sen. aku tulis entri ini sebab terfikir betapa bodohnya aku sebagai pengguna Maxis menggunakan SOS topup disebabkan kehabisan kredit. sekali guna dapat kredit percuma RM2.00 tapi bila dah topup. potong kredit sampai RM2.50.

sama jugak Celcom. namanya Credit Advance. konsep yang sama. cuma bezanya selagi tak guna selama 6 bulan no tersebut, kita akan di charge RM0.50 sebagai service charge. cuma sekarang aku suka guna Credit Advance Celcom sebab aku dah guna nombor Celcom dah 4 tahun dah. aku lagi suka Celcom!

Persoalannya?


berbaloikan anda buat SOS Topup / Credit Advance? bagi aku tak perlu selagi bukan hal yang tersangat penting atau kecemasan. kalau tak pergi cari kedai topup. sekarang di mana-mana pun dah ade jual topup.

kalau dah guna no celcom lebih 6 bulan boleh la guna Credit Advance bila-bila masa pun. takde charge beb.

RM0.50 dari RM2.00… 25% beb! 25% apa tu? RIBA' aku baru tengok tanyalah ustaz kat tv9. sungguh menusuk hati bila persoalan mengenai riba' dijawab.

mungkin ada yang cakap… ala 50 sen je. memang la 50 sen je. tapi tu sekali, dan aku juga yakin anda bukan hanya guna sekali kan? malah berkali-kali. cuba kira. dalam seminggu guna 3-4 kali. kalau guna 4 kali seminggu dah RM2.00. sebulan dah RM8.00. setahun RM96.00. dekat RM100 bai.

kalau aku tak sanggup… bazirkan RM96 setahun untuk sesuatu yang aku sendiri tak nampak apa gunanya. kalau aku ada topup 50 sen, aku nampak hasilnya aku boleh guna 50 keping SMS.

Kesimpulan


jangan suka-suka je guna SOS Topup service charge sampai 25% cuba bayangkan kalo anda buat pinjaman dengan service charge 25%. katakan pinjaman RM 50,000 + service charge 25% anda kena bayar balik RM 62,500. dan sah-sah anda takkan buat pinjaman tersebut. sebab bunga RM 62,500 - RM 50,000 = RM 12,500.

mungkin sebab nilai 50 sen anda cakap apa la sangat 50 sen. sebab RM2.00 berskala kecik. mari kita besarkan sekala. RM2.00 besarkan jadi RM 50,000, nak bagi orang RM 12,500 free-free je? tunggu kucing bertanduk la ye.

fikir-fikir kan lah.

Yang Benar,
pengguna Maxis yang tertipu

Jangan Tertipu dengan Alat Jimat Elektrik

SEREMBAN: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna di sini, Isnin mengarahkan sebuah syarikat, SmartSaver Technology untuk mengembalikan wang kepada seorang kakitangan kerajaan, K. Eeswary, 42, tertipu dengan alat penjimatan elektrik keluaran syarikat itu.

Tribunal yang dipengerusikan Mohd Nasrim Mohd Salleh mengarahkan SmartSaver Technology memulangkan semula wang berjumlah RM1,999 berserta kos RM200 kepada Eeswary dalam tempoh 14 hari selepas surat arahan daripada mahkamah itu dihantar ke pejabat syarikat itu di Shah Alam.

Dalam perbicaraan pada hari Isnin, SmartSaver Technology dan wakil jualannya di Pagoh, Rosdi Abdul Rahman tidak hadir ke mahkamah.

Terdahulu, Nasrim sempat mengingatkan K. Eeswary supaya tidak lagi tertipu kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri tidak pernah mengiktiraf alat itu dan jurujual terbabit tidak menunjukkan surat kebenaran dari TNB.

Sementara itu, Eeswary memberitahu BERNAMA di luar mahkamah, dia membeli alat itu pada Februari tahun ini di Pagoh setelah diyakinkan oleh Rosdi bahawa bil elektrik rumahnya yang terpaksa ditanggung RM200 setiap bulan dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus dengan alat penjimatan elektrik keluaran SmartSaver Technology.

Selepas menerima alat itu dan digunakan selama tiga bulan, alat itu katanya tidak berjaya mengurangkan bil elektriknya.

"Saya kemudian diminta untuk menghantar semula alat itu dan jurujual terbabit berjanji akan menggantikan dengan alat yang lain tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri, alat itu tidak sampai ke rumah saya," katanya.

Eeswary turut menghubungi SmartSaver Technology tetapi syarikat itu tidak melayan tuntutannya malahan menyatakan tidak mengenali Rosdi, jurujual yang menjadi wakil syarikat itu di Pagoh.

"Saya mahu perkara ini dijadikan iktibar supaya orang seperti kita tidak lagi tertipu," katanya. - The Star

Tahniah kepada 48,327 pelajar Cemerlang UPSR 5A

sungguh typical kan tajuk aku malam ini. tapi tak kisah la kan. tahniah jugak kepada adik bongsu aku yang hanya berjaya menangkap 2A sahaja. nasib baik dua-dua tu Bahasa Melayu kalau tak, tak layak jadi orang melayu. apapun tahniah sebab selama ini beliau memang tak pernah dapat A pun. main je kuat. takpe paling kurang pun dah banyak sijil ko kurikulum yang dah di simpan beliau.

ok, kembali kita kepada tajuk yang agak biasa orang buat tu. sebenarnya dalam 486,321 calon yang mengambil UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara, hanya 48,327 calon yang lulus cemerlang dengan keputusan semua A. secara peratusannya mencatatkan sebanyak 9.94% pelajar cemerlang semua A.

ala... aku dulu pun tak sempat nak merasa 5A. tu pun sempat tangkap 4 je. jadi la buat kenangan. lagipun sekolah luar bandar mana la nak dapat tangkap bnyak² macam tu.

satu lagi kenyataan dan fakta tentang peratusan keputusan cemerlang UPSR di sekolah. biasanya sekolah di kawasan luar bandar akan mencatatkan peratusan keputusan cemerlang lebih rendah dari sekolah di bandar.

jadi cadangan aku untuk menjadikan peratusan pelajar cemerlang meningkat. cepat jadikan kawasan luar bandar ini bandar. confirm, sure semua orang akan dapat sraight A.

ok sampai sini saja entry ini.

AC Konsortium (ACK) adalah SCAM?

Pelbagai teori konspirasi kini muncul sejak dua menjak ini. antara kisah Fida Aishah yang sangat popular di kalangan blogger. kisah Upin & Ipin dan teori konspirasinya. semuanya seronok di baca. tapi aku lebih tertarik dengan kisah yang melibatkan AC Konsortium yang lebih popular dikenali dengan ACK. dah dapat Dato' pun.

kisah ini bermula pagi tadi. aku membaca entri Gelang Ac Mizal – Fakta Atau Auta dari kak kujie. setelah merayau-rayau di dunia cyber akhirnya ada kebenaran juga entri-entri Muhd Aidid Muhd Addib tersebut.

pertama beliau menulis Gelang AC Mizal - A Disaster Waiting To Happen kemudian entri Gelang AC Mizal - Bayang Bala Di Ufuk Timur dan entri Gelang AC Mizal - Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh! bagi menyokong entri pertama beliau.

kemudian entri susulan untuk menbalas balik kenyataan dari ACK yang menyatakan beliau hanya menyebarkan fitnah.

Gelang AC Mizal - Kat Mana Fitnahnya Beb?
Gelang AC Mizal - Ini Yang Aku Bengang Ni!

setelah membaca kesemua entri beliau itu aku memulakan siasatan. entri beliau memang tidak boleh di sangkal lagi. ibarat orang kata tunggu masa business nak lingkup je. bukti dah jelas di depan mata. semua yang berkaitan aku selongkar... termasuk facebook. ahli-ahli da banyak komplen bonus tak dapat lagi. dah setahun join bonus tak dapat. macam mane?

malah website ACMizalShop.com pun tak boleh nak access. siasatan pertama aku temui bukti ini.

daripada note Fan Page AC Mizal sendiri testimonial dari pengguna fake. kita lihat dialog ini.



AC menjawab



aku tak tahu apa yang dimaksudkan oleh AC. tapi Shahnon Ack tidak kelihatan lagi di page itu.

persoalan sekarang siapa ciplak siapa. jadi ujian mudahnya aku buat google test. di ambil dari Fan Page Facebook itu sendiri.

"I am diabetic and have been using insulin to control my diabetes for almost four years" aku google keyword ini dan hasilnya adalah. (itu adalah contoh je, anda boleh search keyword yang lain hasilnya tetap sama)







kenapa aku tunjuk search result ini? sebab aku nak anda perhatikan tarikh dia. dan bandingkan tarikh dengan search result ini. tengok laman url laman web dia sekali.



bukti ini hanya menyokong entri Gelang AC Mizal - Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh! sungguh seperti budak² Universiti sekarang buat esaimen. google-copy-paste-edit-print.

sama juga hasilnya jika guna keyword yang lain antaranya.


semuanya bergantung kepada anda. aku sudah pun melihat laman web Hottime Jewelry Co Ltd yang best nya ade service "Can laser your logo". sebulan syarikat itu mampu keluarkan hanya 1000 gelang. minimun belian adalah 100 utas. siap dengan dengan bekas lagi kompeni tu provide.


Kuala Lumpur? pasaran Malaysia ke. macam dunhill pulak London - Paris - New York. hahaha

anda sendiri yang menilai. kita di kurniakan akal untuk berfikir. kalau betul… tak lama lagi sistem MLM ini akan collapse. jika ter bukti ini adalah SCAM bermakna aku boleh labelkan penipuan ARTIS. dengan menggunakan nama artis senang-senang nak tipu orang ramai. ramai yang terlibat seperti Khai, Rosma, Alif, Salima, Afif dan ramai lagi. semuanya adalah konco-konco ACK.

Aku namakan entry ini adalah entry tanpa tajuk!

Oleh sebab entry ini aku dah namakan entry tanpa tajuk jadi entry ditulis tanpa mempunyai sebab dan musibat yang jelas. jadi jika anda bersedia membaca entry yang ditulis tidak mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas sila teruskan bacaan. kalau tak sila ke Blog Musafiir Cyber untuk bahan bacaan yang lebih ilmiah.

bagi yang mahu meneruskan bacaan. jom bersama-sama aku untuk teruskan apa lagi yang ingin aku coretkan di sini.

pertama sekali aku nak pesan kepada anda yang tempat tinggalnya terdedah dengan risiko banjir sila jaga anak-anak anda. mahupun adik-adik anda dari terlepas bermain air. walaupun dalam perhatiaan anda dinasihatkan tidak memnbenarkan mereka bermain air. perlu di ingat air pada musim banjir arus di deras. tak pasal-pasal kang hanyut air. lagi satu ini mungkin ramai yang tidak amik berat. air banjir sebenarnya banyak mengandungi kuman. sedar atau tidak tangki-tangki najis bnyak ditenggelami air. tak kurang juga paip-paip pembetung yang turut di tenggelami air. dan yang terakhir jangan menambahkan lagi statistik kanak-kanak meninggal dihanyutkan air seterusnya jadi headline semua berita. setiap tahun musim banjir ade je kanak-kanak yang meninggal. semuanya lemas dihanyutkan air.

saat aku menulis entry ini hujan sedang mencurah-curah dengan lebatnya ke atas bumbung rumah ku ini. jika aku membuat 'rain farming' agaknya boleh buat bekal untuk mandi seminggu kot.

jadi anda mesti tertanya-tanya kan apa motif aku tulis entri ini? okay bagi tidak menghanpakan pembaca setia aku. iaitu anda! ya, anda… hanya anda yang membaca sehingga kini. tujuannya adalah satu untuk mengesan pembaca blog ini. ya, walaupun di statistik blog menunjukkan beribu-ribu page view. beratus-ratus visit sehari sekali pun, tanpa mengetahui siapa yang benar-benar membaca tulisan aku. aku tak lain dan tak bukan tergolong dalam golong SS. anda tahu apa itu SS?

kalau tak tahu SS adalah abbreviation untuk perkataan Syok Sendiri. tapi aku pasti. walau panjang berjela entri aku. paling kurang mensti ada seorang yang membacanya. siapakah seorang itu mungkin menjadi persoalan. tapi hanya orang yang membacanya sahaja yang mengetahui siapa seorang itu. seorang itu sudah pasti.

untuk mengetahui berapa orang yang membaca entri ini sehingga habis aku nak main game dengan anda. game dia sangat simple. selepas ini aku akan tanyakan satu soalan kemudian jawapannya anda perlu letak pada bahagian komen.

soalan pertama. apa bahasa ganti diri yang selalu anda gunakan untuk membahasakan anda dengan orang yang anda tidak kenal. sebagai contohnya… aku menulis entry ini dengan menggunakan bahasa ganti diriku adalah 'aku'. sila tulis perkataan pertama anda di bahagian komen.

bagi memastikan anda on the game. pastikan anda menggunakan nama Anonymous. sekarang taip jawapan untuk soalan pertama. kemudian anda retweet entri ini di twitter. ini penting untuk memastikan anda on the game. caranya adalah dengan tekan butang tweet dekat atas sekali.

kita tinggalkan game tadi sekejap. mari kita ingat balik atau kenangkan balik zaman kita masih budak-budak. maksud aku zaman anda masih kanak-kanak. lebih tepat lagi zaman di mana anda masih belum mumayiz lagi. zaman anda tak tahu nak membezakan yang mana yang baik yang mane yang buruk. biasanya dalam usia apling awal 3 tahun dan paling lewat 10 tahun. pada zaman ini, kalau anda ingat waktu yang paling bahagia dalam hidup anda. kalau anda sudah lupa. perhatikan anak² anda. atau yang belum kahwin boleh tengok adik sendiri. atau anak-anak saudara sendiri.

lihat bagaimana mereka enjoy hidup mereka. bagaimana mereka nikmati hidup mereka. bagaimana mereka membuat sesuatu perkara menjadi seronok. padahal kalau diikutkan fikiran kita yang logik benda yang mereka buat biasa je. tapi mereka boleh bersorak, terpekik melolong untuk memberitahu orang lain mereka tengah berseronok.

cuba kita ambil iktibar. belajar dari mereka bagaimana mereka enjoy hidup ini. hidup ini memang seronok. kadang-kadang kita yang buat hidup jadi bosan dan tidak seronok.

ok sekarang tiba masa untuk soalan kedua. apakah favourite hero anda masa kecik-kecik dulu? jawap sebaris dengan jawapan untuk soalan pertama di ruangan komen.

ok seterusnya taip pula jawapan kedua anda di kotak komen.

sekarang aku nak bawak anda berfikir. apa yang anda cita-citakan dulu? aku nak bawak anda ke zaman dimana semangat anda tengah berkobar-kobar ingin mencapai cita-cita anda itu. satu je aku nak tanya. di manakah semangat anda itu?

di mana semangat yang berkobar-kobar itu dulu? sekarang anda dimana? adakah semangat yang dulunya hangat kini sudah menjadi hangat-hangat tahi ayam?

satu perkara yang perlu anda tahu. bahawa hidup ini tidak semudah yang anda sangkakan. ramai yang kecundang di tengah jalan. ada yang mengambil jalan pintas dengan membunuh diri. tak kurang ada yang berputus harapan dengan janji-janji Allah.

mana taknya. saat kita dekat kepada Allah kita tak dapat apa yang kita mahu. kita sentiasa meminta, minta dan minta. namun permintaan kita ibarat anjing menyalak bukit. sungguh hinakah kita di saat itu? kita lihat mereka yang jauh dari jalan Allah begitu berjaya. masa belajar. merekalah top scorer. masa bekerja. mereka cepat naik pangkat.

kita bertanya. kenapa mereka yang begitu jauh kepada Allah begitu berjaya dalam hidup. tiada masalah. dapat apa saja yang mereka ingat kan.

mulai saat itu kita mula meragui keadilan Allah. kita mula meragui kuasa yang maha berkuasa. akhirnya kita kecundang. kita mula meniru mereka. tanpa kita sedar kita makin jauh dari Allah. ya... kita dapat apa yang kita inginkan. kita berjaya. kita dapat apa saja yang kita impikan dahulu.

tetapi hakikatnya Allah telah membenci kita. Allah tidak lagi menguji kita. kerana kita telah jauh dari jalannya. kita bahagia, kita gembira, kita seronok. dulu kita tahu mana yang haram mane yang halal. tapi kini tidak lagi. air haram menjadi minuman rutin kita. selepas satu, satu kemewahan yang kita dapat.

kita semakin jauh.. semakin jauh dari tikar dan sejadah. bila kita dah seronok dibuai dengan kemewahan dunia kita lupa segala-galanya.

itukah yang kita mahukan? tidak kah kita fikir kenapa Allah tidak perkenankan permintaan kita semasa kita merintih dan merayu kepadanya? Allah itu maha mengetahui. dia tahu apa yang terbaik untuk umatnya. untuk hambanya. semuanya telah diaturkan oleh Allah.

adakah anda suka jika Allah sudah tidak pedulikan kita lagi. malah dibenci oleh Allah. bila dia sudah tidak pedulikan kita lagi, pada zahirnya memang kita dapat apa yang kita nak. tapi bila Allah sudah membenci. hanya satu perkara kita perlu risaukan.

BALA Allah. masyaAllah… bala Allah bukan untuk kita seorang tapi sekali terun ramai yang kena. mudah-mudahan kita di jauhi dari bala Allah. Nauzubillah…

untuk soalan terakhir adalah siapa yang anda mahu dalam hidup ini? sudah ada jawapan? ok untuk soalan terakhir ini. aku nak anda send komen jawapan anda tadi. tanpa jawapan untuk soalan ketiga tu aku tak nak anda tulis sku nak anda simpan jawapan tu dalam hati.

sehingga kini anda mungkin merasa penat membaca entri yang panjang berjela ini kan? tahniah kepada anda kerana anda berjaya membaca entri sehingga ke penghujungnya. tapi tak abes lagi. ada lagi.

anda mungkin rasa entri ini takde motif. tapi untuk mengetahui motif dia sila tengok balik tajuk entri ini. dan sila simpan jawapan untuk soalan ketiga itu naik-baik dihati anda. jangan hilangkannya. jawapan soalan pertama dan kedua, biarkan ia bersemadi di sini di bahagian komen.

sebenarnya anda tidak perlu komen entri ini dengan menggunakan id anda mahupun url anda. cukup hanya dengan menggunakan Anonymous. dengan cara ini aku tahu bahawa anda betul² membaca entri ini sehingga habis. jika anda ingin meninggalkan jejak URL blog anda. anda boleh komen di entri sebelum ini dalam blog ini. jika ada komen yang menggunakan URL anda atau pun ID blogger. dah sah anda tak baca abis entri ini.

mungkin entri ini agak psycho. tapi ini adalah cara untuk mengetahui pembaca setia dengan pembaca fake.

dengan membuat entri yang panjang menggila macam entri ini.ada sesetengah pihak akan membaca hujung entri ini atau perenggan terakhir kemudian komen. aku yakin dan percaya bahawa nanti mesti ada manusia yang akan komen dengan tidak menggunakan Anonymous. percayalah akan ada. cuma kena tunggu dan lihat.

bagi mengakhiri entri yang terpanjang dalam blog ini. aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menghabiskan pembacaan yang begitu panjang. mungkin tak panjang bagi yang pernah membaca entri yang lebih panjang dari entri ini. tetapi kalau anda betul mengikuti blog ini anda akan merasakan ini adalah entri yang terpanjang diantara semua entri yang ada dalam blog ini.

akhir kata selamat bercuti kepada semua. walaupun bukan hari raya anda, anda tetap cuti. sekolah pun cuti. inillah kelebihan negara yang berbilang kaum dan bangsa.

hari raya aidilfitri kita cuti. chinese new year kita cuti. deepavali pun kita cuti. raya haji pun cuti, hari krismas pun kita cuti, malah hari gawai pun kita cuti. betapa bagusnya jadi warga Malaysia. negara yang penuh dengan cuti.

sekian, salam 1 Malaysia.

peace \/ no war~